Skip to content

Musim Haji Dah Tamat Tapi Tanggungjawab Kita Belum Tamat Perancangan Harta Selepas Ibadah Haji

Alhamdulillah, Musim Haji baru sahaja melabuhkan tirainya. Lapangan terbang kita kembali meriah dengan kepulangan para jemaah haji dari Tanah Suci. Tangisan gembira, pelukan rindu, dan doa syukur bergema di setiap sudut.

Musim Haji bukan sahaja sebuah perjalanan ibadah yang penuh makna, malah ia sering menjadi “turning point” dalam hidup ramai umat Islam — satu titik muhasabah tentang kehidupan, kematian dan persiapan menuju akhirat.

Sebab itu, tidak pelik bila kita lihat sebelum berangkat, ramai jemaah mula serius menyempurnakan urusan perancangan harta. Ramai yang menyiapkan wasiat, mengurus hibah atau melantik penama dengan betul pada simpanan & takaful.

Tetapi bagaimana pula selepas Musim Haji berakhir?

Kenapa Selepas Balik Dari Menunaikan Ibadah Haji, Kita Masih Perlu Rancang Harta?

Musim Haji Dah Tamat Tapi Tanggungjawab Kita Belum Tamat Perancangan Harta Selepas Haji

Hakikatnya, kematian tidak hanya “menunggu” musim haji. Ia boleh datang bila-bila masa, tak kira kita berada di Mekah, di kampung, dalam kereta, atau dalam tidur.

Perancangan harta bukanlah semata-mata untuk memastikan persediaan sebelum pergi menunaikan ibadah Haji sahaja. Ia adalah tanggungjawab sepanjang hayat, untuk memastikan waris kita tidak terbeban dengan urusan pusaka yang tidak selesai.

Ramai orang silap sangka, bila dah balik dari haji, dah selesai semua. Sedangkan:

✅ Hutang kita mungkin masih ada.
✅ Akaun bank masih belum ada penama yang betul.
✅ Tiada dokumen hibah yang sah untuk rumah atau aset tertentu.
✅ Wasiat belum pernah ditulis.

Ini semua boleh menyusahkan waris, menimbulkan perebutan, malah harta boleh jadi beku bertahun-tahun.

“Hari tu tak sempat, tapi sekarang belum terlambat”

Bagi para jemaah yang hari tu tak sempat siapkan dokumen penting — mungkin sibuk dengan kursus haji, shopping keperluan, vaksin & persiapan bagasi — sekarang lah masa yang sesuai untuk sambung semula.

Bukan sebab kita nak takut-takutkan sesiapa. Tapi kerana realitinya kita tak pernah tahu di mana ajal akan menjemput.

Kalau masa nak pergi menunaikan ibadah Haji kita rasa penting nak buat wasiat & hibah, kenapa bila dah balik kita berhenti fikir?

Perancangan harta bukan hanya untuk nak pergi manunaikan Ibadah Haji

Musim Haji Dah Tamat Tapi Tanggungjawab Kita Belum Tamat Perancangan Harta Selepas Haji

Sebenarnya:

✅ Kalau kita nak pergi melancong pun, elok siapkan wasiat dulu.
✅ Kalau hari-hari naik motor ke tempat kerja pun, lebih baik dah buat persiapan.
✅ Kalau ada anak-anak kecil, lagilah wajib fikirkan — siapa akan jaga? Macam mana harta untuk mereka diurus dengan adil?

Sebab mati tidak menunggu kita bersedia.

Apa patut kita buat sekarang?

1. Semak semula status harta & dokumen kita.
– Siapa penama KWSP & takaful?
– Rumah ada geran penuh atau belum?
– Perniagaan ada buy-sell agreement?

2. Sediakan wasiat.
– Dokumen paling asas supaya harta dapat diagih ikut syarak dengan lebih teratur.

3. Pertimbangkan Hibah.
– Untuk aset yang kita nak serahkan terus, elak beku & perebutan.

4. Lantik wasi (penjaga harta) & penjaga anak (jika ada anak bawah umur).
– Supaya tak timbul masalah penjagaan bila kita tiada.

Lepas haji, teruskan jihad mengurus dan merancang harta

Musim haji dah berakhir, tapi tanggungjawab kita pada keluarga belum pernah berakhir. Kita dah sempurnakan satu rukun Islam — Alhamdulillah.

Sekarang, sempurnakan pula amanah sebagai suami, isteri, ibu, bapa dan anak. Supaya bila tiba masa kita dijemput Ilahi, kita tinggalkan keluarga dalam keadaan paling terjaga, bukan terkapai-kapai selesaikan hutang & harta yang beku.

Mudah-mudahan Allah terima ibadah Haji kita, bersihkan dosa-dosa kita, dan mudahkan urusan kita di dunia & akhirat. Jom kita teruskan muhasabah, dan lengkapkan urusan perancangan harta — demi mereka yang kita cintai. Hubungi Kami hari ini.

Avatar photo

Ketahui Bagaimana Anda Dapat Menjaga Kebajikan Keluarga Setelah Ketiadaan Anda.

Back To Top
//
Sila mesej kami. Tim kami akan membalas mesej anda secepatnya.
👋 Sila taip mesej anda....