Haji merupakan kemuncak kepada rukun Islam, sebuah perjalanan agung yang menyatukan zahir dan batin seorang…

Adakah Hibah Boleh Dicabar?
Ramai beranggapan bahawa hibah takaful adalah ‘kalis cabaran’ – asalkan ada penamaan, maka wang pampasan akan terus jadi milik mutlak penerima. Tapi tahukah anda bahawa ada kes sebenar di Malaysia di mana Mahkamah Sivil membatalkan hibah takaful RM1 juta, walaupun Mahkamah Syariah telah mengesahkannya?
Kalau anda ambil takaful untuk lindungi isteri dan anak-anak, anda wajib baca artikel ini sampai habis.
Namun, realiti undang-undang di Malaysia – yang mengamalkan sistem dwi (syariah dan sivil) – menunjukkan bahawa hibah boleh dicabar, dan dalam sesetengah kes, mahkamah sivil boleh mengetepikan keputusan mahkamah syariah.
Apakah Itu Hibah?
Hibah bermaksud pemberian harta secara sukarela tanpa balasan, semasa hayat, kepada seseorang yang dikehendaki. Ia sah menurut hukum syarak dan merupakan satu bentuk perancangan harta yang semakin digemari, terutama oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Jenis hibah yang biasa dibuat termasuk :
– Hibah harta tetap (tanah, rumah)
– Hibah wang simpanan
– Hibah manfaat takaful (hibah takaful)
Secara prinsip, YA. Hibah boleh dicabar dalam beberapa keadaan :
– Tiada bukti pemilikan atau penguasaan (qabdh) oleh penerima hibah
– Tiada dokumen sah bertulis
– Unsur paksaan, penipuan, atau ketidakwarasan pemberi hibah
– Dokumen hibah bercanggah dengan undang-undang sivil
Kes-kes ini biasanya berlaku apabila waris lain (contohnya, adik-beradik si mati) tidak berpuas hati dengan agihan harta dan memfailkan cabaran di mahkamah.
Kes Terkini : Hibah Takaful RM1 Juta Dicabar dan Dibatalkan di Mahkamah Sivil
Pada tahun 2024, satu kes yang tular membuka mata ramai. Seorang balu telah dinamakan sebagai penerima hibah manfaat takaful sebanyak RM1 juta oleh arwah suaminya. Penamaan itu dibuat secara sah dan Mahkamah Syariah mengesahkan ia adalah hibah yang sah.
Namun, ibu dan abang si mati memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil. Keputusan mengejutkan pun berlaku: Mahkamah Tinggi Sivil memutuskan bahawa penamaan hibah itu tidak sah, dan wang tersebut perlu dibahagikan mengikut faraid. Balu kehilangan hak mutlak terhadap wang RM1 juta itu.
Refer : https://ohmedia.my/ohtidak/hibah-takaful-rm1-juta-dicabar-keluarga-arwah-suami/
Apa Maksudnya?
Walaupun Mahkamah Syariah menerima hibah tersebut sebagai sah, Mahkamah Sivil menggunakan tafsiran undang-undang kontrak dan mentafsir penamaan itu sebagai “trust implicit” atau tidak sah jika tidak lengkap dari sudut pelaksanaan undang-undang.
Ini menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu membuat hibah takaful secara sah menurut syariah, hak milik ke atas wang itu masih boleh dicabar di Mahkamah Sivil, terutama jika waris mempertikaikannya.
Mengapa Hibah Takaful Boleh Dicabar?
Antara sebab teknikal :
– Penamaan penerima hanya dilihat sebagai ‘nominee’, bukan sebagai penerima mutlak, jika tidak disertakan dokumen sokongan.
– Tiada pemindahan milikan sebenar berlaku semasa hidup.
– Tiada amanah jelas ditubuhkan untuk mengasingkan hak ke atas wang pampasan.
Ini semua membuka ruang kepada pihak ketiga untuk mencabar hibah takaful walaupun ia kelihatan sah di mata syariah.
Contoh Kes Hibah Dicabar
Beberapa kes mahkamah di Malaysia menunjukkan bahawa hibah boleh dicabar dan dibatalkan jika tidak memenuhi syarat. Antaranya:
Kes Zaleha lwn Fatimah & 3 Lagi (2011)
Dalam kes ini, seorang wanita mendakwa bahawa rumah yang diberikan oleh ibunya semasa hidup adalah hibah. Namun, tiada dokumen hibah dan tiada pemindahan hak milik berlaku. Mahkamah mendapati bahawa hibah tidak sempurna, dan rumah itu dikira sebagai harta pusaka.
Kes Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur (2009)
Dalam satu kes, anak-anak mencabar surat hibah yang diberikan kepada isteri kedua si mati. Setelah siasatan, Mahkamah Syariah mendapati surat hibah tidak lengkap dan tidak menunjukkan qabd (penguasaan), maka harta tersebut dibahagikan secara faraid.
✅ Solusi: Pri-Ti – Amanah Polisi Takaful/Insurans
Untuk mengatasi masalah ini, kini wujud satu penyelesaian profesional yang semakin banyak digunakan, iaitu Pri-Ti (Policy Trust Instrument). Ia merupakan amanah hidup yang ditubuhkan khas untuk manfaat polisi takaful atau insurans, bagi memastikan :
– Manfaat takaful tidak dianggap sebagai harta pusaka.
– Wang pampasan dipegang dan diagihkan oleh pemegang amanah profesional seperti As-Salihin Trustee Berhad.
– Waris tidak boleh mencabar agihan kerana wang itu tidak lagi berada dalam harta peninggalan si mati.
Bagaimana Pri-Ti Berfungsi?
– Pemegang polisi (si hidup) melantik As-Salihin Trustee sebagai pemegang amanah (trustee).
– Penamaan dalam polisi takaful diselaraskan kepada amanah, bukan individu.
Apabila berlaku kematian :
– Wang manfaat akan dibayar terus kepada amanah (bukan kepada pentadbir pusaka).
– Trustee mengagihkannya kepada penerima manfaat mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pemegang polisi semasa hidup.
Kelebihan Pri-Ti:
– Tidak boleh dicabar oleh waris yang tidak berpuas hati kerana ia adalah kontrak amanah sah.
– Proses agihan lebih cepat dan jelas, tanpa perlu menunggu surat kuasa atau pengesahan waris.
– Melindungi penerima manfaat, terutamanya isteri, anak-anak kecil atau ibu bapa.
Rancang Dengan Ilmu, Bukan Sekadar Niat Baik
Hibah, termasuk hibah takaful, adalah alat yang sangat baik dalam perancangan harta Islam. Tetapi tanpa dokumen yang sah dan struktur undang-undang yang betul, ia masih boleh dicabar – dan kita telah lihat contohnya.
Jika niat anda adalah untuk menjaga isteri, anak atau ibu bapa, Pastikan anda tidak hanya bergantung kepada penamaan biasa dalam polisi takaful. Gunakan instrumen yang lebih kukuh seperti Pri-Ti, iaitu hibah melalui amanah yang dilindungi undang-undang sivil dan syariah.
Tanggungjawab Kita Merancang Harta Semasa Hidup
Sebagai umat Islam, kita bukan sekadar ingin meninggalkan harta – kita mahu meninggalkan warisan yang berkat dan tidak menjadi punca pertelingkahan. Perancangan yang baik bukan hanya pada niat, tetapi juga pada dokumen dan sistem yang digunakan.
Jangan tunggu sehingga berlaku kematian dan waris berebut, barulah kita sedar penamaan sahaja tidak mencukupi. Bertindak sekarang. Lindungi niat anda dengan cara yang sah.
➡️ Jom mulakan langkah pertama dengan berbincang bersama konsultan Amanah dan Pusaka Islam.
Klik Di sini untuk menhubungi kami atau klik butang Whatsapp di bawah.