Skip to content
RancangHarta Manfaat Untuk Individu dan Bisnes

Rancang Harta : Manfaat Untuk Individu Dan Bisnes

Merancang harta ialah proses menyusun dan mengurus harta atau aset seseorang supaya ia dapat diagihkan atau diuruskan dengan baik selepas kematian, mengikut kehendak pemilik atau hukum tertentu. Ini melibatkan langkah-langkah seperti menyediakan wasiat, hibah, amanah, dan perancangan pembahagian harta mengikut hukum faraid. Bagi perniagaan, ia juga merangkumi pelan pewarisan atau “exit plan” untuk memastikan kelangsungan perniagaan selepas kematian pemilik.

Manfaat Merancang Harta bagi Individu

1. Melindungi Waris :
Dengan perancangan harta yang baik, waris seperti isteri, suami, anak-anak, atau ahli keluarga akan dilindungi dari segi kewangan selepas kematian pemilik harta.

2. Elak Konflik Keluarga :
Merancang harta melalui wasiat dan hibah boleh mengelakkan pertelingkahan atau perselisihan dalam kalangan ahli keluarga kerana agihan harta dibuat dengan jelas.

3. Memastikan Pembahagian Adil :
Melalui perancangan yang rapi, pemilik harta dapat memastikan harta mereka diagihkan dengan adil mengikut kehendak atau keperluan keluarga.

4. Melindungi Hak Penerima Luar :
Membolehkan pemilik harta memberi sebahagian hartanya kepada penerima luar seperti anak angkat, anak tiri, atau badan kebajikan yang tidak termasuk dalam faraid.

5. Kebajikan Masa Depan Anak-anak OKU :
Perancangan melalui hibah atau amanah boleh menjamin kebajikan anak-anak OKU dengan menyediakan sumber kewangan yang tetap untuk mereka.

Manfaat Merancang Harta bagi Perniagaan

1. Kelangsungan Perniagaan :
Perancangan pewarisan perniagaan memastikan kelangsungan operasi perniagaan walaupun pemilik meninggal dunia. Waris yang dipilih atau pengganti yang kompeten boleh terus menjalankan perniagaan.

2. Mengelakkan Pembahagian Harta yang Memecah Perniagaan :
Tanpa perancangan, harta perniagaan mungkin dibahagikan mengikut faraid, yang boleh menyebabkan perniagaan terpecah dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik.

3. Menguruskan Hutang dan Liabiliti :
Dengan perancangan yang baik, hutang dan liabiliti perniagaan dapat diuruskan dengan lebih berkesan supaya tidak menjadi beban kepada waris atau penerus perniagaan.

4. Memastikan Peralihan Kepimpinan yang Lancar :
Merancang pewarisan atau “exit plan” membolehkan peralihan kepimpinan dalam perniagaan berlaku secara teratur dan lancar, tanpa menjejaskan operasi perniagaan.

5. Melindungi Aset Perniagaan :
Melalui perancangan yang betul, aset perniagaan dapat dilindungi dan tidak terancam dengan tuntutan faraid yang mungkin menjejaskan keutuhan perniagaan.

Merancang harta bukan sahaja penting untuk menjaga kebajikan keluarga dan melindungi hubungan kekeluargaan dan silahturahim, tetapi juga amat penting dalam menjamin kelangsungan perniagaan. Ia adalah satu langkah proaktif yang memastikan harta diuruskan dengan baik selepas kematian atau keadaan tidak dijangka, sekaligus mengelakkan konflik serta memastikan kelangsungan kewangan yang stabil bagi individu dan syarikat.

Avatar photo

Ketahui Bagaimana Anda Dapat Menjaga Kebajikan Keluarga Setelah Ketiadaan Anda.

Back To Top
//
Sila mesej kami. Tim kami akan membalas mesej anda secepatnya.
👋 Sila taip mesej anda....